Thursday 17 May 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5



Mata Pelajaran & Kelas
Bahasa Malaysia Tahun 5
Masa
0830 – 0930 ( 60 minit = 2 masa )
Tema / Tajuk
Rakyat Cergas Negara / Sukan Mengharumkan Nama Negara
Hasil Pembelajaran Umum
11.2 Aras 1 (i)
Mengecam maklumat yang terdapat dalam teks.
Hasil Pembelajaran Khusus
5.1 Aras 2 (i)
Membaca  dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
10.3 Aras 3 (i)
Menulis ringkasan berdasarkan teks yang didengar atau dibaca.
Objektif
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, diharap murid-murid dapat :-
      a)    Menyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat   
       penting dalam teks.
     b)    Membaca teks dengan sebutan dan intonasi  yang betul.
     c)    Menjawab soalan berdasarkan teks.
Sistem Bahasa
Sebutan dan intonasi
Bahan Bantu Belajar
Nilai murni
Cinta pada negara, hormat-menghormati, berhemah tinggi, kerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran berfikir : membuat urutan, menghubung kait


Aktiviti Pembelajaran & Pengajaran:
Langkah
Aktiviti
Bahan / Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
a)     Nyanyi lagu ‘Fikirkan Boleh.’

Langkah 1
 (10 minit )
a)     Guru menayangkan video Datuk Lee Chong Wei kepada murid.
b)     Guru bersoal-jawab dengan murid.
      i.       Siapakah ahli sukan kita yang telah mengharumkan nama Negara di persada dunia?
( Datuk Lee Chong Wei / Datuk Nicol Davis /Suzanna Bt. Ghazali / Ku Anas Bin Ku Zamil )
     ii.       Apakah sukan yang diceburi mereka?
  • Datuk Lee Chong Wei – badminton
  •  Datuk Nicol Davis – Squash
  • Suzanna Bt. Ghazali – Atlet Renang Berirama
  •  Ku Anas Bin Ku Zamil – Atlet Sukan Perahu Layar


Langkah 2
( 20 minit )
Baca teks.
a)  Murid-murid membaca teks mengenai ‘Kejayaan Datuk Lee Chong Wei’
b)  Guru memberi penerangan tentang teks yang dibaca oleh murid.
c)  Murid-murid menyenaraikan maklumat penting yang terdapat dalam teks.
 Kosa kata
  •  Professional
  •   Anugerah
  • Mencapai ranking
  •  Menggondol
Langkah 3
( 20 minit )
Aktiviti Berkumpulan:
Jawab soalan kuiz.
a)     Murid dibahagi kepada tiga kumpulan.
b)     Guru menayangkan soalan kuiz dengan menggunakan power point.
c)     Guru mengalakkan murid –murid menjawab soalan.
d)     Kumpulan yang dapat menjawab banyak soalan dengan betul dikira menang.
Penerapan nilai murni
·      Cinta pada negara
·      Hormat-menghorma-ti
·      Kerjasama
Penutup
( 5 minit )
a)  Guru merumus pelajaran hari ini.
b)  Murid-murid menyanyi lagu “Fikirkan Boleh” sekali lagi.



Refleksi : ______________________________________________________________

                 _____________________________________________________________